Petua Kecantikan untuk Wanita Moden & Sibuk

Petua Kecantikan untuk Wanita Moden & Sibuk

Rutin harian seorang wanita berkejaya memang sangat ketat. Bukan senang membahagikan masa untuk menjaga kecantikan sambil memastikan anda tiba di tempat kerja tepat pada masanya. Bayangkan pula jika anda mempunyai anak. Begitu banyak perkara yang perlu dilakukan, tetapi begitu sedikit masa untuk melakukannya. Di kala anda sedang tergesa-gesa untuk memulakan hari anda, rutin kecantikan anda mungkin akan terjejas sehingga menyebabkan kulit nampak kusam, penat dan tidak bersedia untuk menempuhi hari-hari bekerja anda.

Kami faham situasi ini, maka kami sediakan 5 tips kecantikan untuk anda memastikan kulit anda kekal cantik dan segar sambil turut menjimatkan masa berharga anda itu.

 

#1 Amalkan suplemen kecantikan

Mungkin ramai yang belum mengetahui kulit yang cantik boleh dicapai melalui makanan tambahan. Ia membantu mengurangkan cela dan mencantikkan kulit anda daripada dalaman. Malah apa yang lebih baik, ia menjimatkan masa anda kerana apabila kulit anda cantik anda tidak perlu menghabiskan masa bersolek dan hanya ‘touch up’ di bahagian tertentu sahaja.

Jika anda mencari suplemen terbaik untuk kulit anda, jenama Lustre antara suplemen yang berkesan dan selamat digunakan.

 

#2 Susun alat solek anda.

Menempatkan semua produk kecantikan anda dengan kemas dan teratur menjimatkan banyak masa. Pastikan anda membuang bekas kosong dan produk lama yang sudah luput untuk mengelak daripada mencari-cari berus solekan kegemaran anda di tengah-tengah kekalutan pada pagi hari anda.

 

#3 Penjagaan kulit tangan dan badan juga penting

Penjagaan kulit bukan sahaja pada wajah anda. Tangan dan badan anda juga penting dan memerlukan penjagaan yang rapi. Ini supaya anda kekal selesa dan segar apabila berada di luar supaya anda dapat beraksi pada kemampuan maksimum.

Menggunakan minyak kelapa dara memastikan kulit tangan dan badan anda kekal lembab dan lembut. Oleh itu anda tidak perlu kerap menyapu lotion berkali-kali. Kandungan short chain fatty asid di dalamnya memberikan khasiat untuk melawan jangkitan dan bakteria pada kulit.

Gunakan Lustre Shower Foam untuk menjimatkan masa anda. Sambil anda mandi sambil menggunakan sabun dengan bahan Minyak Kelapa Dara dan ektrak Kayu Manis ini.

 

#4 Ikut rutin penjagaan kulit belah malam yang ketat

Selepas seharian bekerja di luar, luangkan masa anda untuk membersihkan kulit dari kesan solekan dan pendedahan pada kotoran di luar. Rutin kulit belah malam sangat vital untuk kesihatan kulit buat jangka masa panjang. Pastikan anda membersihkan solekan pada wajah menggunakan pembersih wajah dan seterusnya melembabkan kulit menggunakan toner.

Memastikan rutin penjagaan kulit belah malam anda konsisten ialah pusat rutin kearah kulit yang sihat.

 

#5 Minum air dengan banyak dan kekal hidrasi

Apabila kulit anda dehidrasi, berapa banyak alat solek yang anda pakai pun tidak mampu mengembalikan kulit anda. Minum air dengan banyak agar kulit anda kekal lembab dan sihat selain daripada manfaat kesihatan yang lain.

Cadangan kami, beli botol air yang baru buat diri anda untuk menggalakkan diri anda untuk sentiasa minum air. Cari lah botol air yang cantik dan comel okay!