Nak Cakap Apa Kepada Yang Tidak Pakai 'Mask'?

Nak Cakap Apa Kepada Yang Tidak Pakai 'Mask'?

Tentu anda rasa geram melihat mana-mana individu tidak memakai pelitup muka di kawasan awam betul tak? INGAT kita masih lagi belum bebas daripada ancaman COVID-19 ini. Kita semua tahu cara terbaik mengatasi penyebaran COVID-19 ialah dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial.

Namun terdapat segelintir daripada kita yang tidak mengambil berat akan hal ini. Hendak marah atau paksa tidak sesuai pula kecuali jika mereka kenalan rapat anda. Hendak perli takut dikatakan kita ini berlagak atau sombong. Jangan risau dalam artikel ini kami akan berikan anda cara-cara terbaik untuk menegur golongan yang tidak mahu memakai pelitup muka ini.

Apa yang boleh anda katakan kepada mereka?

Setiap orang mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka tidak mahu memakai pelitup muka. Walau apa pun alasan mereka ia bukan lah sebab yang bagus. Namun begitu kita tetap perlu menghormati pendapat orang lain. Disebabkan itu cara menegur mereka harus lah betul dan tidak menyinggung perasaan mereka.

 

  1. Daripada Memalukan Lebih Baik Menyatakan Perasaan Anda

Jika diikutkan perasaan tentu kita mahu jerit “Nak mati ke tak pakai Mask woi!” Cara ini tidak akan mendatangkan hasil. Sebaliknya cuba untuk nyatakan perasaan anda dengan nada tegas namun menghormati orang tersebut contohnya, “Maaf tidak bersalaman dengan awak, tetapi saya sangat gembira dapat berjumpa dengan awak” atau mungkin sesuatu seperti “Saya akan rasa lebih selamat jika awak memakai pelitup muka atau kita bercakap dengan jarak yang jauh sedikit boleh?”.

 

Dengan menyatakan perasaan anda mungkin membuatkan mereka lebih terbuka untuk menerima pendapat anda tentang kepetingan mencegah Covid-19 ini sekaligus membuatkan mereka lebih berhati-hati.

 

  1. Menyediakan Pelitup Muka atau Hand Sanitizer

Jika anda mempunyai bajet lebih, cara terbaik adalah untuk menawarkan pelitup muka kepada mereka yang tidak memakainya. Tidak perlu diberi kepada semua orang yang anda nampak tetapi kepada mereka yang kerap tidak memakai pelitup muka.

Ini sekurang-kurangnya menampakkan anda mempunyai niat baik tanpa memalukan atau menilai mereka.

 

  1. Tinggalkan Sahaja Tempat Itu, Diri Anda Lebih Penting

Kita tidak akan tahu dimana virus Covid-19 itu berada, maka jangan ambil risiko. Jika anda rasakan tempat itu tidak mempunyai polisi pencegahan Covid-19 yang ketat, tinggalkan dan cari tempat yang lebih baik. Nyawa anda lebih penting.

Namun begitu apa yang dapat dilihat, kebanyakan masyarakat kita mematuhi langkah pencegahan ini. Apa yang dapat dilihat apabila di tempat umum masing-masing memakai pelitup muka serta memastikan penjarakan sosial. Namun mungkin terdapat segelintir sahaja yang tidak memandang hal ini secara serius dan mengambilnya dengan mudah. Elakkan diri anda daripada menjadi golongan ini sebaliknya menjadi golongan yang menyokong tindakan pencegahan Covid-19.

 

Rujukan:

  1. https://www.menshealth.com/health/a33267635/wont-wear-a-mask-what-to-say/
  2. https://kidshealth.org/en/parents/coronavirus-no-masks.html#:~:text=Keep%20it%20friendly%20but%20firm,friend%20who's%20not%20wearing%20one.