3 Jenis Smoothie untuk Tampil Langsing!

3 Jenis Smoothie untuk Tampil Langsing!

Idamkan tubuh badan yang lebih langsing? Bersenam, jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat, anda pasti akan berjaya! Selain itu, jika anda amalkan minuman buah-buahan seperti smoothie, dengan diiringi senaman, anda pasti langsing dengan cepat!  Selain mampu menghilangkan masalah perut buncit, anda akan mendapat khasiat semulajadi yang terkandung dalam buah-buahan.

Anda boleh mengamalkan smoothie ini pada bila-bila masa yang anda suka. Sama ada pada waktu sarapan, makan tengah hari ataupun minum petang. Ada 3 resepi smoothie yang kami kongsikan. Jom cuba!

 

Smoothie Epal

 

Bahan-bahan:

½ cawan susu soya

¾ cawan yogurt perisa vanila

1 sudu rempah epal pai

1 biji buah epal dipotong dadu dan dibuang kulit

2 sudu mentega gajus

Kiub Ais

 

Cara-cara:

Kisar semua bahan-bahan dalam mesin pengisar selama satu minit. Kemudian tuang ke dalam gelas bersama sudu.

 

Smoothie Mangga

 

Bahan-bahan:

¼ cawan buah mangga dipotong kiub

¼ cawan buah avokado ditumbuk

½ cawan jus mangga

¼ cawan yogurt vanilla tanpa lemak tambahan

1 sudu perahan limau kasturi

1 sudu gula

6 ketul kiub ais

 

Cara-cara:

Campurkan semua bahan-bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga lembut dan sebati. Hidang bersama sepotong buah mangga atau sebiji strawberi untuk rasa yang lebih enak.

 

Smoothie Mentega Kacang dan Pisang

 

Bahan-bahan:

½ cawan susu tanpa lemak tambahan

½ cawan yogurt tanpa lemak tambahan

2 sudu mentega kacang

¼ dari sebiji pisang

4 ketul kiub ais

 

Cara-cara:

Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sehingga menjadi milky dan sebati. Hidang sejuk.

 

Mudah je nak langsing ni sebenarnya. Pokok pangkalnya rajin sahaja!

 

Sumber: Majalah EH!