Kebaikan Berpeluh

Kebaikan Berpeluh

Berpeluh merupakan cara untuk badan dan kulit kita berlindung daripada kepanasan. Berpeluh juga meningkatkan peredaran darah dalam tubuh badan. Titisan peluh dari badan merupakan bukti badan kita mempunyai mekanisma untuk penyejukan yang boleh membantu untuk membersihkan liang roma. Peluh mengandungi air serta sodium, klorida, dan juga potassium; menurut Dr. Adebola Dele-Michael, seorang dermatologist di New York.

Ada banyak manfaat yang kita boleh perolehi dari perpeluhan, antaranya:

Kelihatan Lebih Muda – Dalam buku The Beauty of Dirty Skin oleh Whitney Bowe, perpeluhan yang disebabkan oleh senaman boleh memberi impak kepada bilangan dan kesihatan mitokondria yang terdapat pada sel kulit kita dan menyebabkan mereka berkelakuan seperti muda. Secara tidak langsung meningkatkan penghasilan kolagen, lebih hidrasi dan kurang kedutan.

Kurangkan Kesakitan & Mengawal Mood Swing - Menurut James Ting, MD, seorang sports medicine physician di Hoag Orthopedic Institute California, bila kita berpeluh melalui senaman, endorphin yang berfungsi sebagai ubat penahan kesakitan semulajadi akan terhasil. Jadi kesakitan badan dapat dilegakan. Ada juga kajian yang menunjukkan ada bahagian otak yang sensitive kepada suhu dan memainkan peranan yang penting di dalam kawalan mood seseorang.  

Hilangkan jerawat - Whitney Bowe, MD, seorang dermatologist di New York berkata bila seseorang berpeluh, kekotoran yang berkumpul di dalam liang roma akan dikeluarkan bersama dengan peluh. Tetapi jangan dibiarkan sahaja kekotoran yang dikeluarkan itu terkumpul di atas kulit pula, cucilah muka  sekiranya kita sentiasa aktif berpeluh.

Buang toksin – Ada pakar yang berpendapat berpeluh boleh membuang bahan seperti alcohol, kolesterol dan garam keluar dari tubuh badan. Kajian yang diterbitkan pada tahun 2011 di dalam journal Archives of Environmental and Contamination Toxicology menunjukkan banyak elemen toksik dapat dikeluarkan melalui perpeluhan.

Mengelakkan Selsema & Jangkitan – Kajian dari Eberhard Karls University Tubingen di Germany menunjukkan peluh manusia mengandungi antimicrobial peptide yang dipanggil dermcidin, yang telah terbukti untuk melawan penyakit tuberculosis dan pathogen merbahaya yang lain.

Mengawal Suhu Badan - Perpeluhan menyebabkan proses penyejatan cecair dari tubuh badan membantu proses penyejukan badan. Sekiranya tidak berpeluh terutamanya ketika bersenam, ia mungkin disebabkan oleh keadaan yang dipanggil anhidrosis yang bleh menyebabkan pening, ruam kulit atau tidak sedarkan diri.

 

Mengurangkan Risiko Batu Karang – Kajian dari University of Washington mendapati orang yang kerap bersenam mengeluarkan garam melalui perpeluhan dengan banyaknya. Ini membantu mengekalkan kadar kalsium dalam tulang mereka. Proses ini mengelakkan garam dan kalsium daripada dibawa ke buah pinggang secara tidak langsung membantu mengelakkan terjadinya batu karang. Mereka yang kerap berpeluh juga minum air dengan banyak yang juga merupakan satu cara untuk mengelakkan batu karang.  Kajian yang dibentangkan di American Urological Association conference di San Diego pada tahun 2013 menyatakan walaupun kita berjalan selama beberapa jam seminggu boleh menhgurangkan risiko untuk mendapat penyakit batu karang.  

Memang berpeluh boleh menyebabkan rasa rimas pada sesetengah orang. Tetapi setelah mengetahui banyak kebaikan yang kita perolehi dari perpeluhan ini, tak salah kalau kita berpeluh demi kesihatan dan kecantikan kita bukan?

Ingin mendapatkan suplemen halal bagi meningkatkan kesihatan tubuh badan anda? MyLustre mempunyai barisan jenis suplemen bagi mengatasi masalah kesihatan melalui pemakanan tambahan. Dengan pengalaman sejak 2005, produk MyLustre telah membantu ramai pengguna kami!

Klik disini bagi melihat barisan suplemen kami atau hubungi kami untuk info lanjut di +65 6275 4123 atau Whatsapp di +65 8700 5073.

 

Rujukan:

  • www.fitnessmagazine.com
  • www.medicaldaily.com
  • www.huffingtonpost.com
  • Genuis, S.J., Birkholz, D., Rodushkin, I. et al. Arch Environ Contam Toxicol (2011) 61: 344. https://doi.org/10.1007/s00244-010-9611-5
  • Emma E. A. Cohen, Robin Ejsmond-Frey, Nicola Knight, and R. I. M. Dunbar . Rowers' high: behavioural synchrony is correlated with elevated pain thresholds. 6. Biology Letters