Siapa Paling Berisiko Menghidap Kanser Usus

Siapa Paling Berisiko Menghidap Kanser Usus

Berdasarkan statistik Singapore Cancer Registry yang dikeluarkan bagi tempoh 2011-2015. Kanser usus merupakan kanser paling banyak dihidapi kaum lelaki Singapura, kedua paling tinggi selepas kanser payudara dalam kalangan wanita (1).

Malah pada 29 Ogos lalu, kita dikejutkan dengan kematian pelakon popular Black Panther, Chadwick Boseman yang disahkan meninggal dunia berpunca daripada kanser di bahagian usus ini. Maka jika anda tertanya-tanya siapakah yang paling berisiko menghidap penyakit ini, ayuh ketahui info selanjutnya dalam artikel ini.

 

  1. Makan Daging Proses Terlalu Banyak
Contoh daging proses ialah seperti sosej, daging burger, salami dan lain-lain. Sebuah kajian dijalankan oleh 22 pakar daripada 10 negara mendapati pengambilan 50gram daging proses setiap hari meningkatkan risiko kanser usus sebanyak 17% (2).
Pada 2015 juga, International Agency for Research on Cancer (IARC) juga telah mengesahkan daging proses merupakan sebuah karsinogen (punca kanser). Maka jika anda seorang yang kerap makan makanan seperti ‘fast-food’ anda mungkin perlu kurangkan bermula hari ini.

 

  1. Kerap Makan Daging Merah
Perbezaan dengan daging proses ialah daging merah seperti lembu, kambing dan khinzir berwarna merah yang jelas dilihat sebelum dimasak. Ia tidak sama dengan daging proses yang sudah menjalani pemprosesan seperti penambahan garam, awet, penapaian dan pengasapan.
Seeloknya perbanyakkan makan daging putih seperti ayam dan ikan yang tidak meningkatkan risiko kanser.
 
  1. Sejarah Keluarga Dengan Kanser Usus
Jika keluarga anda mempunyai sejarah menghidapi kanser usus maka anda juga mempunyai risiko menghidapnya semula terutamanya jika penghidap berada dalam generasi keluarga yang berbeza.
Mereka yang pernah menghidap kanser jenis ini juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapnya buat kali kedua. Jadi pastikan anda periksa sejarah keluarga anda, jika kesemua penghidap kanser usus itu datang daripada belah keluarga yang sama maka anda mungkin perlu lebih berhati-hati (1).

 

 

 

  1. Kurang Makan Sayur dan Buah-Buahan
Pemakanan yang dipenuhi sayur, buah dan bijiran penuh telah terbukti dapat mengurangkan risiko kanser usus (3). Menurut Public Health Malaysia Facebook, 95% rakyat Malaysia tidak memakan sayur dan buah-buahan yang mencukupi.
World Health Organization (WHO) juga menyarankan pengambilan sekurang-kurangnya 400g sayur dan buah-buahan dalam sehari. Ini sekaligus mencegah pelbagai penyakit lain termasuklah kanser usus.

 

  1. Perokok
Perokok bukan sahaja golongan berisiko menghidap kanser usus malah kanser paru-paru, sakit jantung, strok, kesuburan lelaki dan wanita dan banyak lagi.
Jika anda seorang perokok cuba lah berhenti dan jika bukan untuk diri anda, lakukan untuk orang tersayang seperti keluarga dan anak-anak anda.

 

Rujukan:

  1. https://www.parkwaycancercentre.com/a-look-at-colorectal-colon-cancer-in-singapore-2020/
  2. https://thediagnosa.com/daging-terproses-punca-kanser/
  3. https://www.cancer.org/latest-news/six-ways-to-lower-your-risk-for-colon-cancer.html#:~:text=Diets%20that%20include%20lots%20of,increased%20risk%20of%20colorectal%20cancer.