Mengapa Suami Isteri Perlu Bersetubuh Lebih Kerap

Tidak ramai yang tahu betapa pentingnya mengadakan hubungan seks lebih kerap bersama pasangan masing-masing. Kenapa tidak tahu? Sebab utama mungkin kerana topik ini agak sensitif dan kebanyakan daripada kita akan mengelak daripada berbicara secara terbuka.
Pada pendapat kami, ia agak merugikan kerana perseggamaan yang sihat menawarkan pelbagai manfaat buat kesihatan tubuh badan serta kepada keluarga anda secara tidak langsung. Ini lah sebabnya:
Hubungan Lebih Rapat: Anda mungkin terlalu penat selepas seharian bekerja atau menjaga anak dan menggunakan alasan itu untuk tidak ‘buat’ dengan pasangan anda. Ia akan kerap tertangguh kerana ada peluang untuk anda masih penat untuk hari-hari seterusnya. Maka seeloknya jangan tangguh kerana jika lama ditangguh semakin pudar intimasi antara anda dan pasangan. Tentu anda tidak mahu pasangan anda hanya sekadar individu yang berkongsi bilik dengan anda sahaja bukan.
Semakin berintimasi hubungan anda dan semakin kerap anda bersentuhan, semakin kukuh ikatan dan komitmen anda antara satu sama lain. Hubungan seks boleh dikatakan sebagai peringatan mengapa anda memilih pasangan anda itu.
Ibubapa OK, Anak juga OK: Jika anda mempunyai anak, masa depan mereka bergantung kepada hubungan antara anda dan pasangan anda. Tahukah anda, 70 peratus ramaja di pusat penahanan juvana datang daripada keluarga yang berpecah belah dan 63 peratus kes bunuh diri remaja jugak datangnya daripada golongan keluarga yang sama.
Hubungan seks adalah cara terbaik untuk anda memperbaiki hubungan anda bersama pasangan anda. Kajian mengesahkan seks mampu memperbaiki banyak masalah seperti keghairahan, kesunyian, kemurungan, kesedihan, sakit kepala, stress, kebosanan, harga diri rendah, rasa bersalah malah pergaduhan! Jadi jika anda dan pasangan anda berada dalam keadaan yang baik maka keluarga anda juga akan kekal bahagia.
Ia Sangat Bagus Untuk Anda: Hubungan seks membantu anda mendapatkan tidur yang lebih berkualiti kerana anda akan rasa lebih tenang selepas melakukannya. Seks juga membakar kalori dan ia adalah aktiviti yang menyeronokkan. Anggap lah persetubuhan ini seperti taman permainan orang dewasa.Kita juga perlu kerap bermain! Apabila anda mempunyai pasangan yang anda sayangi dan dipercayai, hubungan seks adalah tempat selamat untuk anda let loose dan bergembira. Bergembira pula membuat anda tampil awet muda dan lebih sihat. Lebih kerap seks=awet muda=lebih sihat!
Waktu Anda Berkomunikasi: Walaupun anda rasa anda tahu semuanya tentang pasangan anda, kita tidak tahu setiap perinciannya. Mengadakan hubungan seks bersama ialah momen terbaik untuk anda mengenali diri masing-masing. Ambil 5 atau 10 minit untuk berkomunikasi selepas selesai aktiviti anda itu tadi untuk benar-benar bercakap tentang perkara yang penting real.
Bagaimana Untuk Menjadikan “Lebih Kerap Bersetubuh” Ini Berlaku?
Tingkatkan Tahap Keyakinan Anda: Perasaan anda terhadap badan anda mempengaruhi cara anda menikmati seks. Diet yang tidak sihat dan kurang bersenam boleh menyebabkan anda mempunyai citra diri yang buruk. Perkara-perkara ini boleh menghalang anda daripada melakukan dan menikmati seks.
Anda dapat meningkatkan self-esteem seks anda dengan mengalihkan fokus dari kekurangan anda kepada sifat anda. Anda juga dapat memberi tumpuan kepada kesenangan yang dialami semasa melakukan hubungan seks.
Melalui pemakanan: Terdapat beberapa jenis makanan yang dikaji mampu meningkatkan nafsu syahwat anda. Antaranya adalah coklat, buah seperti pisang, avocado dan buah ara. Selain itu beberapa jenis bau daripada herba dikatakan mampu meningkatkan keinginan seks seperti bau halia yang mempunyai kandungan allicin yang tinggi dan mampu meningkatkan aliran darah.
Mengamalkan suplemen juga adalah cara terbaik melalui pemakanan. Tetapi pastikan ia daripada kandungan yang 100 peratus semulajadi seperti ekstrak biji halba. Kajian keatas halba mendapati ia mampu meningkatkan kembali tahap testosterone sihat lelaki kepada tahap normal sekaligus mengembalikan libido dan membantu dalam mengembalikan ciri-ciri kelakian yang hilang akibat penurunan tahap testosterone. M3N ialah suplemen mengandungi 100 peratus ekstrak biji halba dan telah membantu ramai penggunanya.
Luangkan menghilangkan tekanan: Tidak kira seberapa sihat anda, stres akan mempengaruhi keinginan seks anda. Wanita sangat terdedah kepada kesan stres terhadap kehidupan seks seseorang.
Lelaki, sebaliknya, kadang-kadang menggunakan seks untuk menghilangkan tekanan. Dan kadang-kadang perbezaan pendekatan seks boleh menyebabkan konflik.
Untuk menghilangkan tekanan, ikut serta dalam aktiviti sukan, jogging, atau mengikuti kelas yoga.