Khasiat Raja Buah, Durian

Khasiat Raja Buah, Durian

Menurut laman web healthline.com, durian adalah buah kesebelas paling berkhasiat di dunia (1). Bukan sekadar sedap dan mengiurkan, raja segala buah ini kaya dengan vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan tubuh badan kita.

Durian merupakan buah kebanggaan negara-negara di Asia Tenggara dan dikatakan berasal dari Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Buah durian terdiri daripada 65% air, 27% karbohidrat, 5% lemak, 1% protein dengan 147 kalori bagi setiap 100g hidangan (2)

Manfaat Kesihatan Durian

Antara manfaat durian untuk kesihatan tubuh badan manusia adalah seperti berikut:

 

  1. Memperbaiki Sistem Pencernaan

Sebuah kajian oleh Dr. Nurul Arneida dari Asian Institute of Medical, Science, and Technology, Malaysia (AIMST) mendapati amalan makan durian mampu menambah baik sistem pencernaan.

Durian mengandungi serat yang tinggi, penting untuk fungsi pelbagai organ, terutamanya sistem pencernaan. Serat tidak larut memudahkan pergerakan dalam saluran usus. Mereka yang mempunyai penyakit sembelit, kembung, pedih ulu hati, kekejangan perut boleh lah mencuba durian sebagai penawar semulajadi.

 

  1. Mengurangkan Tekanan Darah

Durian kaya dengan potasium yang membuatkan saluran darah lebih tenang. Saluran darah yang tenang mengurangkan tekanan kepada sistem kardiovaskular kita. Untung jika anda hantu durian kerana ia mampu menjauhkan risiko menghidap sakit jantung dan strok (4).

 

 

  1. Merawat Anemia

Anemia ialah sebuah simptom dimana pesakit kekurangan darah. Kandungan folat dan zat besi terdapat dalam isi buah durian mampu mengatasi penyakit kekurangan darah. Zat buah durian membantu dalam meningkatkan proses penghasilan darah dalam badan.

 

  1. Awet Muda

Patut lah orang-orang yang suka makan durian cantik dan kacak semuanya ! Kajian mendapati buah durian mampu menghaluskan dan mencerahkan kulit serta merupakan agen anti-penuaan. Ia mampu melambatkan proses penuaan kulit wajah seseorang. Rahsia awet muda dengan buah durian adalah kerana kandungi sumber Vitamin C dan E yang sangat banyak didalamnya. Ia juga mampu mencegah dan menghilangkan jerawat kerana durian adalah antioksidan yang baik.

 

 

  1. Insomnia (Sukar Tidur)

Di zaman kian sibuk dan kehadiran gajet ini, peningkatan pesakit insomnia mula kelihatan ketara. Mendapat tidur yang memuaskan agak sukar bukan. Disinilah hobi makan durian anda membantu kerana buah durian mengandungi tryptophan yang berguna dalam menenangkan fikiran dan tubuh anda.

 

 

Kesimpulan

Buah durian adalah buah kaya nutrisi, dan kompaun tumbuhan membekalkan banyak kebaikan dan manfaat kepada kesihatan badan. Mengubati pelbagai penyakit, hobi makan buah durian memberikan anda banyak faedahnya !

 

Rujukan:

  1. https://www.healthline.com/nutrition/20-healthiest-fruits#section11
  2. https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/06/18/do-you-know-facts-about-durian/
  3. https://www.mingguanwanita.my/untunglah-siapa-yang-suka-makan-buah-durian-ini-7-khasiatnya-yang-ramai-tak-tahu-no-5-paling-best/
  4. https://www.organicfacts.net/health-benefits/fruit/health-benefits-of-durian.html