Data Percubaan Awal Terbaru Vaksin Covid-19 Dari Jerman; ‘Sangat Berkesan’

Berita baik untuk kita semua!
Vaksin terbaru dibangunkan oleh syarikat Jerman BioNTech dan rakan kongsinya Pfizer didapati 90% berkesan dalam mencegah jangkitan COVID-19, menurut percubaan fasa ke-3.
Lebih 43,500 orang turut serta dalam percubaan ini yang sedang berlansung sejak Julai yang lalu. Kedua-dua syarikat ini merancang bagi mendapatkan kelulusan dengan US Food and Drug Administration dalam beberapa minggu lagi.
Walaupun fasa 3 ini masih lagi berjalan dan data tambahan selepas ini mungkin memberi kesan yang berbeza, ia sedikit sebanyak melegakan hati kita semua melihat progres yang dicapai oleh para penyelidik di seluruh dunia.
Bagaimana Percubaan Fasa 3 Dijalankan?
Syarikat ini memberitahu sebuah analisis awal keputusan percubaan ini menunjukkan individu yang menerima dua suntikan vaksin mereka selama tiga minggu mengalami 90% kurang simtomatik Covid-19 berbanding mereka yang menerima placebo (bahan yang tidak mempunyai kesan terapeutik).
Mereka tidak akan mengagihkan vaksin ini untuk kes kecemasan sehinggalah mereka mencapai satu lagi kejayaan iaitu apabila separuh daripada pesakit dalam kajian mereka bebas daripada sebarang masalah keselamatan sekurang-kurangnya dua bulan setelah dos suntikan kedua mereka. Pfizer menjangka untuk melepasi tahap itu pada minggu ketiga bulan November.
Menurut laporan The New York Time, Sekiranya vaksin mereka disahkan, Pfizer dan BioNTech berharap dapat menghasilkan lebih daripada 1.3 bilion dos vaksin mereka di seluruh dunia pada akhir 2021.
Masih Perlu Menunggu Data Tambahan
Tanpa info yang lebih lanjut berkenaan vaksin ini, masih terlalu awal untuk meramalkan impak yang boleh diberikan oleh vaksin ini. "Saya bukan hendak menjatuhkan potensi untuk vaksin ini. Saya hanya mahu kita bersikap realistik, ”kata Michael Osterholm, Pengarah Universiti Minnesota Center for Infectious Diseases Research and Policy.
Tambah beliau "Untuk sebuah vaksin memberi kesan maksimum, ia juga perlu mengurangkan penyakit kronik dan kematian. Kita masih belum tahu sepenuhnya."
Walaubagaimana pun vaksin ini adalah antara vaksin dengan potensi terbaik namun berapa lama vaksin ini boleh melindungi seseorang daripada virus ini kembali menyerang, masih belum diketahui.
Bourla, CEO Pfizer berkata, keputusan kajin ini adalah “hari yang baik untuk sains dan kemanusiaan” dan beliau berjanji akan berkongsi data maklumat dan keselamatan kepada umum dalam beberapa minggu lagi.
Ini adalah sebuah progress yang baik untuk kita semua. Covid-19 adalah sebuah krisis yang bukan sahaja mengancam kesihatan malah ekonomi seluruh dunia. Maka ayuh kita sama-sama doakan agar berita baik akan diumumkan kelak disamping menjalankan tanggungjawab kita untuk sentiasa mengamalkan penjarakan sosial, memakai topeng pernafasan serta penjagaan kebersihan diri.
Rujukan: