Cara Menangani Hari Mengantuk Di Tempat Kerja

Hampir semua orang tentu pernah mengalami hari di tempat kerja dimana anda tidak cukup tidur atau sangat mengantuk sehingga tidak mampu melakukan kerja dengan efisien. Perkara ini dapat menjejaskan kerjaya anda terutama apabila anda kerap terlepas ‘deadline’ atau beban kerja tertangguh.
Merawat punca utama mengantuk pada waktu siang seperti ‘sleep apnea’, insomnia atau sekadar mengatasi masalah tidur lambat mampu meningkatkan tenaga dan fungsi kognitif anda semula. Namun begitu, masalah ini kadang kala tidak dapat diselesaikan dalam satu malam.
Ini adalah antara cara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah mengantuk di tempat kerja.
- Suntikan Kafein
Secawan kopi menghadirkan inspirasi. Jika anda berasa lesu di tempat kerja, suntikan kopi mungkin boleh membantu anda mendapatkan tenaga untuk menyelesaikan kerja anda itu.
Kopi mempunyai daya stimulasi bermaksud ia meningkatkan aktiviti pada otak dan sistem saraf. Ia mampu memperbaiki daya pemikiran, prestasi mental dan melawan mengantuk. Jadi berehat sebentar dan minum lah secawan kopi tetapi jangan terlebih kerana kesan nya akan menjadi sebaliknya.
- Bangun Daripada Tempat Kerja Anda
Kami tahu kerja anda banyak dan anda tidak boleh keluar daripada tempat kerja anda. Tetapi tahukah anda, duduk di satu tempat terlalu lama akan menambah teruk mengantuk anda. Bangun daripada tempat kerja dan berjalan sebentar bermakna darah anda juga akan bergerak. Ia membantu anda kekal segar dan fokus pada kerja anda.
- Dengarkan Muzik Yang Bersemangat
Bila anda mengantuk dan perlu bekerja dalam keadaan senyap, sedikit sebanyak ia akan meletihkan anda. Anda mungkin rasa seperti anda boleh tertidur bila-bila masa sahaja. Untuk mengejutkan otak anda, dengarkan muzik yang bersemangat.
Pastikan anda mendapat kebenaran daripada majikan dahulu. Kebiasaannya bos anda mungkin tidak ada masalah membenarkannya asalkan tidak mengganggu produktiviti kerja anda. Lebih bersemangat muzik anda lebih baik okay.
- Kekalkan Tempat Kerja Yang Terang
Jika pejabat anda mempunyai tingkap, buka dan biarkan cahaya memasuki ruang tempat kerja anda. Cahaya semulajadi mampu meningkatkan tenaga dan daya fokus anda.
Tetapi jika tiada tingkap atau pejabat anda menggunakan penghawa dingin, menggunakan lampu meja dengan cahaya UV rendah juga dapat membantu atur kitaran bangun tidur anda supaya anda merasa kurang mengantuk.
Rujukan:
- https://www.healthline.com/health/daytime-sleepiness/tips-for-work#9.-Stay-busy
- https://www.everydayhealth.com/sleep-disorders/sleep/ways-snap-out-feeling-sleepy-work-home/