5 Fakta Anda Mungkin Tidak Tahu Tentang Nasi

Nasi merupakan makanan ruji paling banyak digunakan diantara populasi manusia di dunia, dan sudah tentu lah pengguna terbesar ialah penduduk Asia. Ia juga merupakan komoditi pertanian dengan pengeluaran ketiga terbesar di seluruh dunia selepas tebu dan jagung.
Ramai menggemari nasi kerana sifat versatil bahan makanan ini. Nasi goreng, nasi ayam, nasi biriyani, nasi pulut dan bermacam-macam lagi jenis menu boleh dibuat. Anda mungkin tahu resipi yang sedap untuk nasi tetapi mungkin anda tidak tahu mengenai 5 fakta tentang nasi ini.
- Bertahan Bertahun-Tahun Lamanya
Beras mampu bertahan lama, melainkan jika ia beras perang (turut dikenali sebagai beras basmati). Beras putih yang belum dimasak mampu kekal segar dan boleh dimakan sehingga 10-30 tahun lamanya (bergantung cara penyimpanan).
Tetapi beras perang mempunyai jangka hayat yang jauh lebih pendek. Ia hanya mampu bertahan selama 3-6 bulan kerana mempunyai salutan bran yang akan teroksida dalam jangka masa tersebut.
- Nasi Boleh Menyebabkan Sakit
Tahukah anda spora dalam nasi mampu bertahan hidup walaupun selepas masak? Beras akan membawa spora bakteria yang mampu mengakibatkan keracunan makanan. Namun jangan risau, ia tidak akan mendatangkan bahaya buat anda jika ia tidak diberikan peluang untuk membesar menjadi bakteria.
Ia hanya akan berlaku jika nasi tersebut dibiarkan dalam suhu bilik selepas ia dimasak. Maka risikonya adalah apabila anda menyimpan baki nasi tersebut. Seeloknya hanya masak nasi dengan jumlah yang mampu anda habiskan atau sejukkan nasi didalam peti dan panaskan semula sebelum makan.
- Basuh Beras Sebelum Masak
Anda mungkin sudah biasa dengan fakta ini. Membasuh beras akan membuang bendasing dan kanji pada permukaan beras. Ini lah rahsia bagi mendapatkan nasi yang lebih gebu dan nasi yang lebih bercerai.
- Nasi Membuatkan Anda Gembira
Anda gembira bukan hanya kerana kelazatan sepinggan nasi gebu yang panas dikala anda sedang lapar. Makan nasi membuat anda gembira kerana nasi mampu menghasilkan satu kimia pemangkin perasaan didalam otak anda iaitu serotine. Jika anda berasa muram, tingkatkan kembali mood anda dengan mencari sushi atau nasi goreng!
- Beras Ada Dimana-Mana Kecuali Satu Tempat
Beras sangat mudah tumbuh dan ia mempunyai hasil yang tinggi menjadikan ia sebagai tanaman bagus untuk ditanam dimana-mana. Hanya satu biji beras akan menghasilkan lebih daripada 3,000 bijiran.
Walaupun ia mampu ditanam dimana-mana sahaja didunia ini, hanya satu tempat ia tidak boleh tumbuh iaitu di antartika.
Rujukan:
1. https://www.foodandwine.com/blogs/7-things-you-never-knew-about-rice
2. https://www.thekitchn.com/6-things-you-probably-didnt-know-about-rice-22147
3. https://www.epicurious.com/ingredients/rice-guide-brown-long-short-basmati-jasmine-article