Simptom Kanser Ovari yang Tak Patut Diabaikan

Kanser merupakan antara penyebab kematian utama di dunia. Kanser merupakan sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidakseimbangan pertumbuhan sel yang tidak terkawal dalam badan kita. Ada lebih kurang 210 jenis penyakit yang berkaitan dengan kanser. (sumber : MAKNA)
Salah satu jenis kanser yang biasa menyerang wanita ialah kanser ovari. Menurut organisasi Ovarian Cancer Canada, kanser ovari ialah kelima yang paling biasa menyerang wanita dan merupakan jenis kanser wanita yang paling serius. Menurut oraganisasi tersebut juga, simptom-simptom kanser ovari ialah sangat tidak jelas, tidak spesifik dan mudah disalah ertikan dengan isu kesihatan yang lain. Simptom-simptom kanser ovari juga bleh di alami oleh orang-orang yang tidak menghidap kanser ovari.
Antara simptom kanser ovari ialah sering ke tandas untuk membuang air kecil. Biasanya kekerapan membuang air kecil akan jadi lebih kerap setiap hari. Ini menunjukkan kanser ovari menjejaskan pundi kencing wanita.
Simptom kedua yang biasa berlaku ialah perut kembung. Penghidap akan merasa perut kembung / pertambahan saiz perut secara berterusan. Dalam keadaan biasa perut kembung akan berlaku dalam tempoh pendek dan sementara tetapi tidak dalam kes kanser ovari.
Selain daripada itu, simptom yang biasa dialami ialah perubahan tabiat makan. Sama ada sukar untuk makan/kurang selera makan atau mudah rasa kenyang. Kadang-kala penghidap akan mengalami salah satu dari simptom ini. Tetapi ada juga yang mengalami kedua-dua simptom perubahan tabiat makan ini.
Satu lagi simptom yang sering dirasai oleh penghidap kanser ovari ialah kesakitan di sekitar bahagian pelvis atau bahagian abdomen dan rasa sakit yang dialami ini berpanjangan walupun bukan pada waktu haid.
Kadang kala akan ada juga simptom-simptom lain seperti perubahan pada system penghadaman seperti sembelit atau cirit birit, rasa kelesuan atau keletihan yang teramat sangat, susut berat badan secara mendadak ataupun sebarang pendarahan selepas menopause. Sebarang pendarahan haruslah diperiksa oleh doctor.
Oleh kerana semua simptom ini merupakan simptom yang agak biasa, sekiranya anda mengalami simptom-simptom ini tidaklah bermakna anda ada kanser ovari, tetapi janganlah pula diabaikan. Sekiranya anda mendapati simptom ini baru (keadaan ini tidak normal untuk anda dan baru sahaja bermula dalam tahun sebelumnya), atau berpanjangan (keadaan ini telah berlaku selama lebih dari 3 minggu) atau kerap (anda mendapati keadaan ini sering berulang), seelok-eloknya dapatkan pemeriksaan doctor.
Rujukan:
http://www.myhealth.gov.my/kanser-ovari/
http://makna.org.my/
https://www.targetovariancancer.org.uk/