12 Makanan Kegemaran Nabi Muhammad SAW

12 Makanan Kegemaran Nabi Muhammad SAW

Sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, apa kata kita cuba amalkan makanan-makanan yang digemari Rasulullah SAW seperti di bawah ini. Anda boleh masukkan ia ke dalam menu sahur atau berbuka anda. Selain sunnah, makanan-makanan ini turut mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat.

 

Buah Delima

Buah delima terkenal dengan khasiatnya yang boleh menghasilkan kulit yang cantik. Ia kaya dengan vitamin dan mineral seperti riboflavin dan fosforus. Ekstrak buah ini membekalkan nutrisi kepada sel-sel fibrocast sekaligus merembeskan elastin, kolagen dan lain-lain yang membantu dalam mencantikkan kulit.

 

Buah Kurma

Buah ini mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Misalnya kandungan protein dalam kurma ialah 1.8 hingga 2 peratus, kandungan serat 2 hingga 4 peratus manakala kandungan glukosanya 50 hingga 57 peratus. Kandungan gula di dalam kurma juga telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita makan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta.

Buah Tembikai

Tembikai kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain. Ia mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.

Barli

Barli sememangnya sangat berkhasiat. Ia mengandungi molibdenum, mangan, serat pemakanan, selenium, vitamin B1, kromium, fosforus, magnesium, dan niasin.

Buah Ara/Tin

Buah Tin atau nama lainnya buah Ara mengandungi kandungan serat terbanyak berbanding buah-buahan lain. Ia juga kaya dengan vitamin A, B dan C.

 Buah Anggur ( kismis )

Kismis kaya dengan fruktosa dan glukosa yang mampu meningkatkan penyerapan vitamin dan berupaya untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh anda. Ia juga berupaya meningkatkan keupayaan menghafal.

Madu

Madu mengandungi pelbagai zat makanan seperti protein, karbohidrat, vitamin, asid amino, mineral, dekstrin, komponen aromatik dan antibiotik. Maka tidak hairanlah ia juga dikatakan penawar bagi kebanyakan penyakit (dengan izin Allah).

Susu

Susu mengandungi kalsium, kalium, fosforus, protein, vitamin A, D dan B12. Ia melengkapkan diet harian seseorang.

 

Habbatus Sauda

Antara kebaikan Habbatus Sauda ialah ia boleh menormalkan kadar kolestrol dalam darah, mengatasi gangguan kulit seperti ekzema, jerawat dan luka kulit. Ia juga mampu merawat epilepsi, kekejangan dan banyak lagi faedah-faedah lain.

Saffron

Saffron merupakan antara bahan mewah yang digunakan dalam masakan. Ia sangat kaya dengan vitamin B1 dan B2. Antara kelebihannya ialah ia mampu membina daya ketahanan dalam menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan demam biasa.

Buah Zaitun

Kandungan zat besi dalam buah zaitun sangat tinggi. Ia berfungsi meningkatkan pengeluaran sel darah merah dalam tubuh anda. Selain itu buah zaitun turut berupaya mengikat oksigen dalam darah anda sekaligus membuatkan anda lebih sihat. 

 

Cuka

Antara kebaikan cuka ialah ia berupaya mengubati radang perut, mencegah penyakit kuning, membantu penghadaman dan banyak lagi!

Anda tidak semestinya hanya mengamalkan makanan-makanan ini ketika bulan puasa sahaja, namun anda boleh memulakan ia sekarang dan jadikan ia amalan pemakanan anda!

Jus BerQah Durian Belanda adalah suplemen minuman kesihatan baik buat seisi keluarga. Menggunakan 10 kandungan berkhasiat termasuklah beberapa bahan yang disebut diatas iaitu buah tinn, madu, durian belanda, bidara, halia, guarana, goji, manggis, zaitun dan dong quai.

Order online atau hubungi kami untuk info lanjut di +65 6275 4123 atau Whatsapp di +65 8700 5073.

 

Sumber: www.wanista.com